Salam,
"Ahh tak best."
"Ape kelas...."
"Tak main la macam nie..."
"Macam nie baru syok..."
"Kau sape nak tegur aku...."
"Relax lah bro..."
"Malam masih muda la beb. Tak bujang la..."
Antara ayat-ayat yang sering diucapkan oleh anak-anak muda zaman kini.
Selalu kita mendengar rintihan anak-anak remaja yang sering mempersoalkan itu dan ini. Tetapi kita jarang mendengar kekaguman dan kesyukuran anak-anak remaja tentang ketentuan pada diri masing-masing. Pernahkah kita duduk berfikir sebentar. Berfikir dengan keterbukaan minda dan kerendahan hati mengapa kita diciptakan dengan pelbagai rupa? Dikala kemajuan kian membangun, teknologi kian mengarus laju dan usia kian meningkat, pernahkah kita melihat kembali kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini? Bukan mudah untuk mengaku kelemahan diri. Perlukan semangat kesedaran dan keterbukaan hati menerima kekurangan diri. Tetapi sanggupkah kita menerima kekurangan diri? Jika tak sanggup, mengapa? Jika sanggup, mengapa?
Sanggup menerima kekurangan diri....
Untuk insan ini, hatinya sungguh suci kerana perlukankan kerendahan hati. Untuk mendapat kerendahan hati, kena mensyukuri rahmat yang diberi, kena menerima ketentuan yang ditetapkan. Kena buang ego dan sifat mementingkan diri sendiri. Kena berani mengaku kesalahan dan ada sifat ingin membetulkan kesalahan. Ini semua memerlukan keberanian.
Tidak sanggup menerima kekurangan diri....
Untuk insan ini, hatinya dipenuhi dengan segala kejahatan. Mengapa? Kerana dalam hatinya cuma ada keegoan, mementingkan diri sendiri,kemarahan,ketidakpuasan terhadap diri dan benda-benda yang berlegar disekelilingnya. Insan-insan inilah sebenarnya pengecut. Mengapa jadi begini? Kerana mereka tidak berani membuka hati menerima dan mensyukuri ketentuan Illahi.
Untuk mengubah diri, bukanlah sesuatu yang senang. Antara hati, minda dan tubuh kena seiring. Jika salah satu tidak seiring, maka takkan terlaksana apa yang kita ingin /azamkan.
Minda untuk memikirkan, hati untuk merelakan dan tubuh untuk melaksanakan.
Mampukah kita melaksanakannya?
Kita selalu melihat orang lain lebih baik dan bagus dari diri sendiri tetapi pernahkah kita menyatakan yang kita boleh jadi lebih bagus dan baik dari orang itu? Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri......Renungkanlah.
Posted by
Sekadar Berkongsi Cite
0 comments:
Post a Comment