CINTA DAN KAWAN.....

Suatu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa? Kerana CINTA itu buta... Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!! Didalam telaga, CINTA hilang... Kenapa? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap... Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu... Kenapa? Kerana... KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia...

COZ A FRIENDS IS:

A PUSH WHEN YOU'VE STOPPED;
A WORD WHEN YOU'RE LONELY;
A GUIDE WHEN YOU'RE SEARCHING;
A SMILE WHEN YOU'RE SAD;
A SONG WHEN YOU'RE GLAD.



Kita sering tercari-cari dan memilih kawan yang sesuai untuk diri sendiri...
So hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia bererti....
Memang lumrah dalam berkawan, akan ada dugaan dan pasang surut dalam hubungan...
Tapi hanya KAWAN yang sejati akan kekal sampai bila-bila...

Walau kita punya couple, teman still paling setia...
Walau kita punya banyak harta, teman still paling berharga.
Memang resam manusia... hanya akan sedar dan menyesal bila kehilangan.
Hargailah KAWAN anda selagi ada masa, hayat dan kudrat.
To all my friends... I Love You all so..so..so much. Thanks for accepting me with who i am.

HATI...

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq. Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi... ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari su dut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila su dah dapat su sah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan su paya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Renung-renungkan dan selamat beramal

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

AL-KISAHNYA.

....Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selamba turut mengambil biskut dari bungkusannya. Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku. dia makan sama banyak dengan aku pulak tu. Memang dasar pencuri! rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan tersebut. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam 'mencuka' wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu.
Dasar pencuri besar.... Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan sahaja. Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi ??
Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki tersebut. Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah terhadapnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

Pengajaran dr cerita....# Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas, jangan membuat keputusan secara membuta tuli aje, nanti kita akan menyesal kemudian... penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya

Ke-2:

Al-Kisahnya:

Setiap ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita.Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil.

Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah,pasti Allah akan menolongnya.Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...

Apa punca anak derhaka...

A s s a lammualaikum
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. .. . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka ". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali .

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda . Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja . Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda .

ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Bila di kenangkan....

Bila di kenangkan dan difikir-fikirkan....


Lately, selalu juga kita melihat permasalah sering terjadi dan kadang kala semakin menjadi-jadi pada zaman kini. Apa yg saya maksudkan ialah cabaran seorang wanita sebagai anak, isteri, ibu dan pekerja.



1) Cabaran wanita sebagai anak....

Kekadang hati terasa juga bila ada ibu bapa yang bersikap pilih kasih dalam menyayangi anak-anak mereka. Sedih pun ada gak. Tapi anak-anak sebenarnya x boleh menyalahkan ibu-bapa bulat2 dalam perkara nie. Bila di tengokkan dari sudut yang positif, anak-anak yg kurang di sayangi sebenar nye lebih tabah, matang dan mempunyai banyak sikap-sikap yang membina berbanding anak yang dimanjakan. Anak yang terlalu manja sebenarnya mempunyai sikap memberontak bila keinginan tidak dipenuhi, kurang matang, sukar membuat keputusan, terlalu bergantung harap dan gedik. Selalunya persaingan antara adik-beradik especially kalau adik-beradik semua nye perempuan, sikap cemburu akan kuat menguasai diri masing-masing. Tapi kalau jd anak perempuan tunggal, alamat nye selalu lah dia kena buli ngan adik beradik lelaki dia. Tapi seharus nye dalam hidup, kita sebagai hamba-Nya perlu lah menerima Qada' dan Qadar yg telah ditentukan.

2) Cabaran wanita sebagai isteri....

Menempuh alam rumah tangga sememangnya di idami oleh setiap wanita. Tetapi ada risikonya. Sememangnya wanita sensitif jika isu poligami di timbulkan. Peranan sebagai seorang isteri menjadi semakin besar. Menghadapi cabaran dan dugaan dalam proses mengenali hati budi dan diri seorang suami. Sedangkan sesama jantina pun ada pasang dan surutnya, inikan mengenali seseorang yang berlainan jantina. Lelaki yang terkenal dengan sikap ego, dingin, pelupa dan kurang romantik atau mungkin juga ada yang panas baran. Proses penyesuaian inilah yang merupakan fasa yang paling susah dalam hidup seorang wanita. Tak kenal maka tak cinta. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ini lah yang sering kita dengar. Memang betul apa yang dikata. Dugaan dan cabaran datang dalam berbagai bentuk. Ada yang datang dari diri sendiri dan ada juga yang datang dari sekeliling. Banyak tekanan yang perlu dihadapi sebelum mencapai apa yang diharapkan. Langit tak selamanya cerah, maka datang lah hujan... Kita sedih. Tapi hujan tak kan selamanya turun. Akan ada masa ia berhenti..Kemudian pelangi menyusuri...Cantik...kita kembali tersenyum, syahdu dan mensyukuri kuasa Allah S.W.T...alam kembali segar...Maka bersedialah kembali semuanya untuk meneruskan perjalanan ketentuan masing-masing. Seharusnya dalam segala masalah atau dugaan yang kita tempuhi, hadapilah ia dengan penuh keinsafan, pengertian dan pemahaman. Kerana kita sebagai manusia seharusnya belajar dari kesilapan... Bukannya berterusan membuat kesilapan. Itu lah erti kematangan. Begitu jugalah dalam sesuatu perhubungan.




3) Cabaran wanita sebagai seorang ibu....



Anak adalah permata dalam kehidupan mereka yg berkeluarga. Berbulan2 dikandungkan di dalam badan, si ibu x sabar melihat akan rupa anak yg dikandungkan itu. Teruja, gementar, sakit, bahagia dan bersyukur kerana dapat melahirkan anak dengan selamat. Ramai yg makin khuatir akan perkembangan pendidikan, pergaulan, kemudahan dan kesihatan anak sendiri. Mana tak nye, dengan peningkatan masalah-masalah sosial yg sekarang nie membuatkan si ibu semakin risau akan tingkah laku dan masa depan anak mereka. Mereka sering resah, gelisah dan takut kerana tiada jaminan untuk anak kepunyaan nya itu akan menjadi seorang anak yg soleh atau solehah. Gejala-gejala seperti merompak, mencuri, merempit, merogol, mencabul dan segala macam me...(yang tak elok je) semakin menjadi-jadi. Semakin ramai anak-anak yang terikut dengan budaya songsang yang semakin menular dengan pantas pada zaman ini. Kemudahan yang ada membuatkan segala yang diperlukan ada dihujung jari. Klik saja maka dapat lah apa yang di pinta. Makin ramai anak-anak yang ponteng sekolah. Makin ramai gadis yang melahirkan anak luar nikah. Makin ramai anak remaja yang sudah hilang teruna atau dara nya. Pada mereka...it's cool, mengikut perkembangan semasa dan yang paling penting kepuasan duniawi. Tapi pernah kah mereka memikirkan kesan kelakuan mereka pada waktu akan datang. It's cool ke jika anak mereka akan melakukan perkara yang sama seperti yang mereka lakukan? Salah ke kalau ibu bapa melarang mereka melakukan perkara yang tidak disukai oleh ibu bapa mereka? Kenapa? Salah ke kalau ada ibu bapa yang tidak menghiraukan apa yang akan terjadi pada anak mereka? Kenapa? Jika anak luar nikah yang dilahirkan, pernah kah mereka memikirkan derita, malu dan kekeliruan yg anak ini tempuhi. Pasti soalan kenapa...mengapa...bagaimana...macammana dan pelbagai lagi soalan yang mereka inginkan jawapan yang mungkin hanya mampu dijawab dengan penyesalan. Pada mereka-mereka yang melakukan perkara-perkara yang tak elok tu, pernah tak memikirkan perasaan org yg mengambil berat tentang diri mereka? Jangan sering menyalah kan ibu bapa kerana kegagalan anak mereka. Tak semestinya jika ibu mereka ustazah maka anak mereka akan ikut jadi ustazah. Kata pepatah, dalam setandan pisang pasti ada yg busuk. Kerana kita manusia bukan malaikat. Kerana itu juga kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir, hati untuk merasa. Teramat rugi bagi seseorang manusia jika tidak menggunakan pancaindera yang dikurniakan Allah S.W.T ke jalan yang benar.



4) Cabaran wanita sebagai pekerja....



Wanita yang bekerja sering dianggap lemah dan kurang berfikir. Wanita sering di ketepikan dalam hal-hal membuat keputusan. Malah ada pekerja-pekerja lelaki yang seksis. Sukar bagi mereka untuk menerima kehadiran seorang wanita di sekitar kawasan/bidang yang sama dengan mereka. Maka segala yang disuarakan atau yang di kerja kan di pandang sepi atau pun mereka-mereka ni buat-buat tak pandang. Seolah-olah tiada erti. Pada zaman sekarang sememangnya wanita perlu bekerja bagi membantu suami untuk menampung kewangan keluarga. Dengan keadaan ekonomi yg mana harga barang-barang semakin meningkat, suami terbeban dengan hutang-hutang demi mencari keselesaan hidup berkeluarga. Penat di tempat kerja tak habis lagi, sambung kerja rumah pula. Memasak, menguruskan rumah dan anak-anak. Jika isteri boleh bekerja untuk sama-sama mencari rezeki untuk menampung keluarga, suami pun perlu ada sifat menolong dalam meringankan kerja-kerja isteri dirumah juga. Jika isteri memasak, suami boleh tolong bermain dan jaga kan anak seketika. Baru lah sedap masakan isteri. Tak lah hangit kuali atau tergiler pedas sambalnye. Jika suami boleh ada masa berehat, tak kan isteri tak boleh ada masa untuk berehat. Sifat tolak ansur dan saling memahami paling penting dalam sesuatu hubungan. Bila isteri penat, mereka akan mula membebel. Suami sanggup ke dengar bebelan isteri? Adakah anak-anak hanya isteri yang jaga? Suami buat apa? Kalau pasal hubungan kelamin, suami yang paling gelojoh. Tapi kalau anak dah dilahirkan, tak pulak si suami nie gelojoh atau beriya-iya nak menjaga anak. Pelik kan.

Segala yang di kecapi oleh kita hari ini hanya lah pinjaman semata. Hargai dan sayangi lah ia sementara boleh dan masih ada. Jika kita tak suka pada sesuatu, jangan lah di aniaya. Pulangkanlah ia dengan cara baik.

Hati yang enggan mendengar...


Hati sakit bila:


  • melihat org yg kita sayang bersama dgn org yg dia sayang.

  • mendengar pujian dr org yg kita sayang tentang org yg dia sayang.

  • dapat tahu tentang org yg kita sayang sebenarnya tak sayang kat kita.

  • dapat tahu org yg kita sayang lebih byk habis kan masa dgn org yg dia sayang.

  • kita tak boleh tandingi dalam segala hal dgn org yg kita sayang tu nye kesayangan.


Selalunye penolakan selalunye muncul. Cuma diri dan hati kita yg tak pernah nak akui dan menerima kenyataan. Sakit...Terkilan...Geram...Menyampah... Tapi pada siapa sebenarnya sepatutnya perasaan itu di tujukan... Adakah salah org yg kita sayang itu atau adakah salah diri sendiri yg sering kali membutakan mata...memekak kan telinga dan menggelap kan hati sendiri? Walau terlalu banyak hint-hint yang diberi.... tetapi hati terlalu gelap untuk menyuluh langkah ke arah yg sepatutnya... akal terlalu lemah untuk mengambil tindakan sebetulnya....Sanggup ke diri meninggalkan org yg disayang? Sanggup ke hanya hidup dalam kenangan? Sanggup ke berhadapan dengan kenyataan? Mengapa dia tidak boleh merasa apa yg dirasa? Mengapa masih lagi sanggup menunggu? Untuk apa?



Its time to really think of it.....

Komunikasi sesama manusia...

Kita tak kan tahu sampai bila kita akan hidup. Dunia ini hanyalah pinjaman.
Kita takkan tahu bila akan tiba masa kita di dunia akan ditamatkan.
Kita tak perlu menunggu tibanya hari raya, baru kita ingin meminta maaf.
Dunia ini bulat. Semuanya cash. Semuanya ada balasannya. Cuma lambat atau sekejap balasannya yg kita x tahu bila.
Bila tiba balasan itu, anggap lah ia adalah balasan perbuatan yang pernah kita lakukan dan sebanyak mana kita menerima ujian dari allah.
Jalanilah kehidupan di dunia ini sebaik-baik mungkin.
Kita juga x tahu siapa yang terasa atau berkecil hati dgn perbuatan atau pertuturan kita.
Bak kata pepatah: Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata atau terlajak perbuatan? Bagaimana?
Sepatutnya kita melayan seseorang seperti mana kita inginkan org melayan kita. Jangan kita sering mengharapkan layanan yang baik dari seseorang tapi kita berbuat sebaliknya.

Sebenarnya musuh utama seseorang adalah dirinya sendiri.
Cara seseorang itu melambangkan
hatinya.
Seseorang yg sedar akan kesalahan atau kekurangan diri dan ingin merubah kesalahan dan kekurangan diri sendiri, orang itu sebenarnya seorang yg berani.
Dia berani kerana mengaku kelemahan dirinya sendiri. Berani melawan egonya. Berani membentuk dirinya kearah yg lebih baik. Membentuk kemuliaan dihatinya.
Kita harus ada sikap yang positif. Jangan sering menolak tanpa menilai sesuatu terlebih dahulu. Jika kita sering meletakkan penolakan, unsur-unsur negative akan sering membelenggu hati dan pemikiran kita. Itu adalah sesuatu yang tidak sihat dan tidak baik.
Komunikasi adalah sesuatu ibadah dalam dunia ini. Sesuatu yg kita sebagai manusia harus melakukan sesuatu yang baik.
Hidup didunia sering memerlukan antara 1 sama lain. Kebergantungan hidup yang lebih baik. Memupukkan semangat kerjasama dalam 1 kumpulan. Memperkukuhkan ikatan ukhwah sesama manusia dalam perjalanan mencari keredaan Allah S.W.T

Insyaallah..

Jika kamu.....

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........ Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan......yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL....

Jangan sesekali menanamkan harapan, kerana harapan itu sendiri sesuatu yang belum pasti.
Jangan hanya meletakkan impian, kerana impian hanya tercapai jika disertakan dengan usaha..

My interesting job







Salam,




Setelah ramai yang bertanya dengan adanya teka-teki yang memasing cipta sendiri tentang pekerjaan saya, maka lihat la gambar yek... Lebih kurang macam tu la tapi itu yang kitorang buat pun sehingga lah menjadi sebijik aircraft.




We all make stuff use on the sky... ke darat jua turun nya...Insyaallah.


Betapa besarnye pengorbanan dirimu.....Renungkan lah,

Kerak buat Mak.....

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya. Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera...memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku... " ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .. Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur...lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan.."
YA RABB Engkau peliharalah Ibu kami, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, Berikanlah kekuatan hati dan ketenangan hidup. Kasihanilah dia seperti mana dia mengasihiku " .
YAALLAH...AMINN Subhanallah, Walhamdullillah Wallahuakbar.

Sayangilah ibu kita semasa dia masih ada. Mengapa? Terlalu banyak sebab kenapa kita perlu menyayangi ibu kita. Berilah dia kedudukan yang tertinggi di hati kita seperti mana dia menatang kita seperti minyak yang penuh. Penuhilah kelengkapannya seperti mana dia menyediakan keperluan untuk kita. Kasihanilah dia seperti mana dia menyayangi kita. Ingatilah dia seperti mana dia sentiasa memikirkan kita. Kerana dari dialah darah daging kita yang sebenar-benarnya.

Love your life, love your self.

Perbezaan...antara kesyukuran dan kebongkakkan.

Salam,

"Ahh tak best."
"Ape kelas...."
"Tak main la macam nie..."
"Macam nie baru syok..."
"Kau sape nak tegur aku...."
"Relax lah bro..."
"Malam masih muda la beb. Tak bujang la..."

Antara ayat-ayat yang sering diucapkan oleh anak-anak muda zaman kini.
Selalu kita mendengar rintihan anak-anak remaja yang sering mempersoalkan itu dan ini. Tetapi kita jarang mendengar kekaguman dan kesyukuran anak-anak remaja tentang ketentuan pada diri masing-masing. Pernahkah kita duduk berfikir sebentar. Berfikir dengan keterbukaan minda dan kerendahan hati mengapa kita diciptakan dengan pelbagai rupa? Dikala kemajuan kian membangun, teknologi kian mengarus laju dan usia kian meningkat, pernahkah kita melihat kembali kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini? Bukan mudah untuk mengaku kelemahan diri. Perlukan semangat kesedaran dan keterbukaan hati menerima kekurangan diri. Tetapi sanggupkah kita menerima kekurangan diri? Jika tak sanggup, mengapa? Jika sanggup, mengapa?

Sanggup menerima kekurangan diri....
Untuk insan ini, hatinya sungguh suci kerana perlukankan kerendahan hati. Untuk mendapat kerendahan hati, kena mensyukuri rahmat yang diberi, kena menerima ketentuan yang ditetapkan. Kena buang ego dan sifat mementingkan diri sendiri. Kena berani mengaku kesalahan dan ada sifat ingin membetulkan kesalahan. Ini semua memerlukan keberanian.

Tidak sanggup menerima kekurangan diri....
Untuk insan ini, hatinya dipenuhi dengan segala kejahatan. Mengapa? Kerana dalam hatinya cuma ada keegoan, mementingkan diri sendiri,kemarahan,ketidakpuasan terhadap diri dan benda-benda yang berlegar disekelilingnya. Insan-insan inilah sebenarnya pengecut. Mengapa jadi begini? Kerana mereka tidak berani membuka hati menerima dan mensyukuri ketentuan Illahi.

Untuk mengubah diri, bukanlah sesuatu yang senang. Antara hati, minda dan tubuh kena seiring. Jika salah satu tidak seiring, maka takkan terlaksana apa yang kita ingin /azamkan.

Minda untuk memikirkan, hati untuk merelakan dan tubuh untuk melaksanakan.

Mampukah kita melaksanakannya?

Kita selalu melihat orang lain lebih baik dan bagus dari diri sendiri tetapi pernahkah kita menyatakan yang kita boleh jadi lebih bagus dan baik dari orang itu? Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri......Renungkanlah.